Keretapi Tenat Melayu - (Part II)

Pertama sekali maafkanlah patik andai mengutuk servis anda yang 'camharam' ni untuk kesekian kalinya. Orang kata kalau tak suka tak payahla naik,ape nak bising² lagi betul tak? Ok fine,aku tak naik,sebab sekarang aku dah naik bas!..haha padan muka! Tapi kesian kat passanger² lain yang terpaksa menggunakan servis 'camharam' korang. Dahla delay pun 'camharam' punye lama, berasak² pulak jangan cakap la.  Rekod aku tunggu setakat ni 2 jam,seronok! haha 

Kadang² tu seronok la jugak berasak tambah pulak ade cewek² cun saje main geser² badan hahaha (perverttttttt!!) ok,kidding. Tapi kalau dah orang tua,budak kecik smua jadi mangsa kesesakan disebabkan tunggu 'kenderaan' korang punye pasal, (yang ikut sukati mak bapak je delay) sape tak panas hati kan. Ada  jugak passanger yang tak kurang bebal nye tunggu train sampai 1jam setengah semata² nak pergi ke tempat yang jauh nya 15 minit. (bangang,dah tau Kretapi tenat melayu ni lembab naik la servis lain,buat sesak orang lain je nak jalan jauh).

Comparison secara adil dan sakasama :


‘camharam’
Bas
Bersesak sampai kadang² sesak napas
Passenger tak sampai separuh dalam satu bas
Delay ikut suke mak bapak dia
Kemungkinan utk delay; 1 dalam 10ribu
Kos perjalanan ke Tg.malim = RM 8.40
Kos perjalanan = Rm7.00 + Rm2.40 +Rm 2.20 = Rm 11.60 (termasuk kos perjalanan ke pudu sentral)
Waktu perjalanan = 3 hingga 4jam
Waktu perjalanan = 1 jam setengah
Tak perlu jalan jauh untuk tuka train
Kena jalan sikit
Tak mungkin dapat seat melainkan anda langsi
Seat disediakan + boleh sandar + tidur
Dapat free bau² bangla yang x berapa indah
Dijamin tiada bau
Dapat geser dengan awek
Tak dapat geser dengan awek
Markah : 3
Markah : 5

Memetik status FB seorang ex-college mate :


"Terima kasih Keretapi T____ Melayu Berhad kerana telah menyediakan perkhidmatan paling macam haram dalam sejarah pengangkutan awam Malaysia. Memang kami penumpang suka tunggu keretapi delayed berjam-jam lamanya. Tahniah !"

haha,marah benor nampaknye

Jadi selamat tinggal servis yang 'camharam'. Tapi dengarnya ada train baru 6 koc nak masuk untuk gantikan servis train lama ni, harap² dapat la kurang kan beban pengguna yang sepatutnya tak terbeban. Kerana servis ditawarkan kepada pelanggan bukan untuk membebankan pelanggan! tetapi memudahkan! Dan bagi yang meluat tengok aku komplen, pegi 'mam' sama korang, aku ada hak sebagai pengguna, duit aku, aku yang cari,dari peluh aku, bukan mak bapak korang tadah dari langit,sekian! (marah ni =P)


Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa?

Jom layan ceramah agama pulak. Ustaz Hussein Yee ni best kalau korang ikur ceramah dia, yang ni antara yang aku jumpa dekat youtube, dilahirkan beragama Buddha di Penang tak menghalang beliau dari mencari kebenaran Islam pada umur 18 tahun. Gile kagum dengan Ustaz Hussein Yee ni sebab sekarang die dah pegi International, sampai ke USA, India dan macam2 tempat lagi la. Jom layan, semoga dapat belajar sesuatu =P


Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 1

Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 2

Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 3

Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 4

Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 5

Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 6

Ustaz Hussein Yee - Ibadah Kita Ikut Siapa? Part 7

Ini sangat retarded hahaha

Apa yang nak ditulis untuk entry kali ni cuma : hahahahahahahahahahhahaha

Anjing body builder


Bila lelaki-lelaki yang dulu nya kurus tapi lepas kerja mereka mula terasa perut mula membuncit, Gymnasium la jadi tempat bertapa pada hujung minggu (bagi yang sedar diri je la), bagi yang tak sedar diri membuncit la perut korang sampai kahwin,sampai ke tua nanti. Sedangkan anjing bawah ni je pergi gym nak jaga kesihatan.Anda bila lagi? LOL!



Lu usha ape bai? gua model baru untuk iklan Shiltok okeh!

Cool concept watch!


Rasa macam nak cari jam baru,so google la "watch",terjumpa concept watch yang sangat cool ni, hasil idea seorang designer Turki Iskander Asanaliev. Nombor minit dijadikan sebagai jarum jam,dan jarum saat tak wujud sama sekali dan nampak macam see-trough screen je. Gila cool!

Buaya Darat betul!

Hah..memang ni buaya atas darat pun,tak payah nak kontroversi sangat. Bapak buaya air masin ni berjaya ditangkap penduduk Philippine  pada 6 September lalu. Ukuran tidak dikenal pasti, namun dipercayai buaya air masin filipina merupakan antara speisis terbesar dan sekarang cuma tinggal 250 ekor je. Save the wildlife!







Koleksi Sunset picca yang menyentuh jiwa

check out gambar-gambar sunset yang awesome ni, indahnya ciptaan Tuhan..










Piranha actually barks!!

Ok bunyi memang pelik, tapi ni kajian yang baru dilakukan oleh  Sandie Millot dari University of Algarve in Portugal, dengan menggunakan super power microphone yang diletak dalam air, 3 bunyi berbeza dapat direkod. First time dengar ikan pun ada bunyi,cuba try siput babi ke,ulat beluncas ke,mane tau boleh bercakap ke.

Nak kahwin? ni pesan Rasulullah




Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 

1.Wanita Ananah 

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 

2.Wanita Mananah 

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 

3.Wanita Hananah 

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 

4.Wanita Hadaqah  

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak. 


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. 

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. 

6.Wanita Syadaqah 

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli,Wallahu'alam. Sama-sama la jauhi perempuan macam ni, bagi yang perempuan jauhi la sifat-sifat di atas kalau tak nak jadi An-Dar-Tu hehe,Good Luck! 

Wanita Toksik a.k.a Toxic Lady


Cerita ni takde kena mengena dengan Lady Gaga.

Gloria Ramirez (January 11, 1963 - February 19, 1994) berasal dari California, mendapat gelaran "Wanita Toksik" selepas ramai pekerja Hospital Riverside California jatuh sakit selepas terdedah dengan mayat dan darah Gloria.

8:15 malam 19 Februari 1994 - Gloria dikejarkan ke wad kecemasan Riverside General Hospital selepas side effect dari penyakit barah serviks yang dihidapinya. Doktor meng'inject' Gloria dengan sedatif selepas mendapati dia sesak nafas dan denyutan jantung yang lemah. Selepas mendapati Gloria tidak bertindak balas terhadap rawatan yang diberi, doktor terus buat kejutan elektrik (alaa macam dalam movie tu la,bab yang saspen time hero nak mati tu) untuk revive balik denyutan jantung. Semasa proses ni berjalan staff-staff dalam ER nampak lapisan berminyak meliputi badan Gloria. Lepas tu ada bau-bauan pelik seperti bau Ammonia yang keluar dari darah Gloria selepas salah sorang nurse cun bernama Susan Kane cuba mengambil sampel darah dari badan mangsa. Lalu nurse cun tadi pun pass picagari (perkataan skema) yang mengandungi sampel darah tadi kepada Julie Gorchynski, salah seorang staff medical dalam ER dan mendapati sampel darah terdapat partikel-partikel berwarna krim. Tiba-tiba nurse cun Susan Kane jatuh gedebuk (pengsan) dan dikeluarkan dari ER. Tak lama selepas tu, Julie pula terasa pening-pening, lalu meminta untuk keluar dari ER untuk berehat sebentar. Tak lama kemudian Julie juga jatuh gedebuk.Tak lama lepas tu Maureen Welch, seorang therapist pernafasan yang turut berada dalam ER pun turut sama jatuh pengsan. Menyedari hal ini,staff dan pesakit dalam ER diarahkan untuk evacuate dan berkumpul dekat kawasan parking Hospital. Cuma beberapa staff sahaje yang tinggal untuk menstabilkan Gloria. Namun Tuhan lebih menyayangi Gloria. Tepat jam 8:50 malam,Gloria disahkan mati disebabkan kidney failure dari effect kanser servik yang dialaminya.

Penyiasatan dilakukan terhadap kes Gloria, dua orang saintis Doctor Ana Maria Osorio dan Kirsten Waller dihantar oleh pihak hospital. Selepas 34 orang staff jadi mangsa interview mereka, didapati beberapa staff yang berada dekat dengan badan Gloria mengalami simptom yang hampir serupa (sesak nafas,kejang otot dan pening-pening lalat). 

Selepas penyiasatan, kedua-dua saintis come up dengan beberapa teori saintifik yang menyalahkan ubat yang diambil Gloria sebelum dia dikejarkan ke hospital sebagai punca staff-staff ER jatuh sakit. Kombinasi rawatan dan ubat berkenaan menghasilkan gas beracun (Dimethyl Sulfate) yang terbebas dari darah Gloria. Namun teori ini disangkal disebabkan kurangnya bukti bahawa gas tersebut mampu terbentuk ketika berada dalam badan manusia.

Dua bulan selepas kematian Gloria, mayat beliau yang terlalu badly decomposed baru dilepaskan untuk pengebumian. Pihak hospital bersetuju dengan keputusan kedua-dua saintis Dr. Ana Maria Osorio dan Kirsten Waller di atas keputusan siasatan yang dikeluarkan. Namun keluarga Gloria kurang bersetuju dengan keputusan siasatan berkenaan disebabkan kekurangan bukti kukuh. 

Pathologist persendirian yang diupah keluarga mendiang Gloria turut menjalankan penyiasatan tetapi menemui jalan buntu,disebabkan jantung pada mayat Gloria telah hilang,organ-organ badan Gloria diselaputi dengan fecal matter (bahan-bahan najis) serta keadaan mayat yang sudah terlalu mereput. Selepas 10 minggu dari tarikh kematian Gloria, jasad beliau disemadikan dikubur yang tidak bertanda di Olivewood Memorial Park di California.

Solat Syiah? Nampak ngeri..

Disebabkan perasaan yang sangat excited nak tengok Pudu Sentral yang baru lepas direnovate, aku pun saja gatal balik naik bas hari ni (selalu naik Keretapi Tenat Melayu - KTM). Pendek cerita dah macam airport je tengok pudu baru ni. Bagus la,sekurang kurang nya takdela berhimpit bersepah sepah macam dulu.

Singgah sembahyang Maghrib dengan Isyak dekat surau pudu sentral, masuk masuk je nampak sorang pak arab ni lain macam je sembahyang dia.(Aku perhati lepas habis sembahyang ok,kang korang kate aku sembahyang sambil tengok orang pulak haha.) Nak komplen pun aku bukan berilmu sangat hal agama ni.

Tapi dia takbir je tangan terus kat tepi sambil baca fatihah, berapa rakaat tak sure,rasa macam dua,lepas tu ada doa qunut. (dalam hati, pak arab ni qada subuh tadi kot,bangun lewat la ni pak arab ni). tapi dengar bacaan semua pelik lain macam je,sebelum nak sujud pun angkat tangan macam takbir,tak macam sembahyang biasa je,lepas dah abis,dia bagi salam, terus sujud..lepas tu ulang lagi sembahyang macam tadi,aku dah start pelik dah,aik dua kali qada subuh? yela tu kot.... 

Balik-balik tergerak hati nak siasat,aku syak pak arab tadi orang syiah,sebab pernah terbaca pasal cara diorang sembahyang. Bukak youtube, search term "syiah",ni yang aku jumpa.....


Ngeri kan? aku tak berani nak ulas lebih-lebih sebab aku tak cukup ilmu hal-hal macam ni,jadi nilailah sendiri =)