Pembetulan : Kebetulan atau??? creepy.......

p/s - First of all...sorry pasal post semalam yang tak de gambar...tetiba aku rase macam syok sorang2 ingat korang dah bace dengan gembira nya..sebab semalam dah cek dalam dua tiga kali kelua gamba..tapi ade pembaca yang komplen cakap tak kua ape2 gambar pon...jadi post ini telah dibuat correction..Kesilapan amat dikesali dan Selamat Membaca!

Post kali ni memang sangat creepy....haha, sama ada kebetulan atau tidak tu bergantung kat korang untuk menilai sendiri, jom kita tengok ape kebetulan yang mengerikan tu :

Dua lelaki di bawah merupakan bekas Presiden US (masing2 dah arwah dah),kalau korang tak kenal,sebelah kiri ni, Abraham Lincoln, dan sebelah kanan John F. Kennedy








apa yang membuatkan diorang ni menarik adalah fakta2 yang bersangkut paut antara dua orang presiden ni...di mana:
Abraham Lincoln diundi ke dalam kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy diundi ke dalam kongres pada tahun 1946.

Abraham Lincoln dilantik menjadi Presiden US pada 1860.John F. Kennedy dilantik menjadi Presiden US pada 1960.

Kedua-dua nya terkenal dengan perjuangan civil right.
Kedua-dua mereka kematian anak ketika sedang menjadi Presiden.

Kedua - dua Presiden ditembak mati pada hari Jumaat.
Kedua - dua nya ditembak di kepala.

Hmmm...mungkin masih belum cukup pelik lagi kan..boleh lagi dipertikaikan sebagai kebetulan,macam mane pulak yang ni?

Setiausaha peribadi Lincoln bernama Kennedy.
Setiausaha peribadi Kennedy bernama Lincoln.

Kedua - dua Presiden dibunuh oleh Southeners.
Kedua - dua Presiden yang mengambil alih selepas kematian Lincoln dan Kennedy juga merupakan Southerners dan kedua2 nya bernama Johnson.

Andrew Johnson, Presiden selepas Lincoln, lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, Presiden selepas Kennedy, lahir pada 1908.


John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln, lahir pada 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy,lahir pada 1939.





Nama penuh kedua2 pembunuh membunyai bilangan huruf yang sama,15 huruf kesemuanya.

Masih ada lagi ok..........

Lincoln ditembak semasa di dalam teater yang bernama Ford.
Kennedy ditembak mati di dalam sebuah kererta yang diberi nama Lincoln dibuat oleh Ford.

Lincoln ditembak mati di dalam sebuah panggung teater dan pembunuh bersembunyi di dalam gudang.
Kennedy ditembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya lari menyembunyikan diri dalam sebuah panggung teater.

Kedua2 Booth dan Oswald dibunuh sebelum dibicarakan.


Phew...terkasima? belum cukup lagi...jom tengo apa yang bil $20 Us dollar boleh tunjukan:


1) Lipat bil $20 yang baru jadi macam bawah ni :




2) Lipat lagi, refer pada rajah yang diberikan..



3) Lipat hujung lagi satu...nah bentuk kapal terbang kan?
dan apa yang kita dapat lihat? (gambar kanan adalah Pentagon sewaktu kebakaran dalam serangan 11 Sept.)



4) Dan sekarang terbalikkan pulak bentuk kapal terbang tu tadi...hasilnya :
nampak familiar kan? hmmmmm





Kebetulan??

No komen, anda sendiri nilai

.tapi yang ni mungkin boleh dikatakan kebetulan jugak : haha



Ohh...dan lagi satu, ade tak aku bagitau yang 11 + 9 = 20? ya..11 september = $20dollar bil

Anda baca,anda nilai ;P

Sedang Mencari Janda

Kesian Pakcik Yunus..dah lame hidup menduda....hmm..bagi mane2 makcik yang masih available dan menepati kriteria2 pilihan Pakcik Yunus boleh la dail number berkenaan ye ;P


Peringatan terutama bagi kaum hawa



Benda ni aku ambik dari wall salah sorang member aku kat FB,so bagi kaum hawa,jadikan cerita ini sebagai peringatan supaya sentiasa berhati2 terutamanya bila keluar malam.....
( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!



kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..



satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.


Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.


Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.

Good luck for your final exam!!!!

Sempena musim peperiksaan yang menjadikan kita semakin malas dari tahap normal ni mari kita renungkan sebentar gambar berikut:



Semoga ia nya menjadi pembakar semangat serta peringatan kita bersama T.T...hahaha good luck!!!!

KTM - Keretapi Tenat Melayu


Hah tak pernah dengar ke?? shortform nye pandai2 lah korang eja sendiri,sinonim dengan satu kenderaan awam yang aku TERPAKSA pakai terutama sekali dalam perjalanan balik ke Tg.Malim dari Shah Alam..(sebab aku xde kereta)

Ada beberape sebab kenape aku geram sangat dengan Keretapi Tenat Melayu ni..

Sama ada aku dah terkena badi keretapi ataupun keretapi ni memang sengaja nak cari gaduh dengan aku..ataupun....

Keretapi ni sendiri memang dah sinonim dengan nama perlian yg aku dah bagi tu,tak taula ape yang die bengkak hati sangat,asal aku naik je..ade je macam2 masalah yang membuatkan aku sebagai pelanggan perkhidmatan rase tak puas hati..

Sebagai contoh,salah satunya...dalam antara nak pertukaran stesyen tu,waktu keretapi tiba akan DELAY (menyirap betul bila dengar suara announcer..HARAP MAAF..TREN ****** YANG DIJADUALKAN TIBA TELAH DIBATALKAN,TREN STERUSNYA AKAN TIBA DALAM MASA *****
  • a)15minit
  • b)30minit
  • c)45minit
nasib baik xpernha dengar sejam lagi -_-")

Kalau nak balik Tanjung Malim dari Shah Alam tu..jangan cakapla,minimum masa perjalan - 2jam 30minit..,itu minimum ok! (bas-1jam,kereta-30mnit)

(student UiTM tersangat lah familiar dengan stesen Padang Jawa terutama nye yg dekat dengan seksyen 7 @ pusat komersial)....Ade pulak pernah aku terkena delay sampai stengah jam pulak tu dekat stesen pertukaran Rawang..OMG, pulangkan 3jam akuuu! -_-"

Agaknya macam mane la perasaan diorang yang TERPAKSA gunakan perkhidmatan ni setiap hari eh? mau mati sakit darah tinggi kot..

Waktu yang paling99x anda harus atau WAJIB elakkan untuk menaiki Keretapi Tenat Melayu adalah pada waktu PETANG AHAD (terutamanya tren Seremban - Pelabuhan Klang),kalau nak pengsan atau mampos disebabkan kekurangan Oxygen dlm koc keretapi tu,silalah..anda dialu2kan untuk menggunakan perkhidmatan kami...

Pernah sekali aku terhimpit dalam keretapi yang penuh sesak (AHAD PETANG la tu) dengan diiringi peluh2 bau-bauan hapak yang tak berape nak wangi khususnya dari pendatang2 (izin atau tanpa izin..ok,aku xcakap semua.mostly laaa haha)....dengan selambanya announcer dalam keretapi berkata dengan suare yang penuh lemak merdu.... "TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI"..
tuhan je tau betapa menyirap nye aku dengar announcement tu -_-"

FYP presentation - Sakit Mata

Tak cukup dengan minggu yang cukup tenat dan parah..Presentation proposal FYP,Test,Assignment,family matter....arghhh!! (gilo3x),mata pulak buat hal..hai lah mata,kenape la time2 cmni ko sibok nak sakit..dengan berbekalkan semangat yg kental serta jati diri yang teguh (poyo) aku kuatkn jugak..wlapon tgh2 present tu sbna nye tgh sakit mate..haha,malu dah mmg malu la...nak wat cmane..huuu~

Presentation proposal FYP mmg mencuakkan,ohhh..nampak nya kecuakkan aku x secuak mereka2 yang dapat panel dgn Dr.DZ,Dr.Rahmah,Dr.Faiza a.k.a otai2 polymer...

Dengar cite teruk jugak kne bantai depa ni...walaupun room aku dipenuhi otai2 rubber,tapi x seteruk room lagi satu tu..aku rase diorang dah lembik2 dibelasah,diratah,dimakan hidup2 seperti mangsa2 dalam cite Resident Evil..grrrr~ seram ooo..tapi alhamdulillah la sume nye bejalan lancar..walaupun makanan kat jamuan tu agak suxxx (utk lunch,breakfast ok!)...alahhhh dah makan free pon nak bising ke?? lempang kang