Wanita Toksik a.k.a Toxic Lady


Cerita ni takde kena mengena dengan Lady Gaga.

Gloria Ramirez (January 11, 1963 - February 19, 1994) berasal dari California, mendapat gelaran "Wanita Toksik" selepas ramai pekerja Hospital Riverside California jatuh sakit selepas terdedah dengan mayat dan darah Gloria.

8:15 malam 19 Februari 1994 - Gloria dikejarkan ke wad kecemasan Riverside General Hospital selepas side effect dari penyakit barah serviks yang dihidapinya. Doktor meng'inject' Gloria dengan sedatif selepas mendapati dia sesak nafas dan denyutan jantung yang lemah. Selepas mendapati Gloria tidak bertindak balas terhadap rawatan yang diberi, doktor terus buat kejutan elektrik (alaa macam dalam movie tu la,bab yang saspen time hero nak mati tu) untuk revive balik denyutan jantung. Semasa proses ni berjalan staff-staff dalam ER nampak lapisan berminyak meliputi badan Gloria. Lepas tu ada bau-bauan pelik seperti bau Ammonia yang keluar dari darah Gloria selepas salah sorang nurse cun bernama Susan Kane cuba mengambil sampel darah dari badan mangsa. Lalu nurse cun tadi pun pass picagari (perkataan skema) yang mengandungi sampel darah tadi kepada Julie Gorchynski, salah seorang staff medical dalam ER dan mendapati sampel darah terdapat partikel-partikel berwarna krim. Tiba-tiba nurse cun Susan Kane jatuh gedebuk (pengsan) dan dikeluarkan dari ER. Tak lama selepas tu, Julie pula terasa pening-pening, lalu meminta untuk keluar dari ER untuk berehat sebentar. Tak lama kemudian Julie juga jatuh gedebuk.Tak lama lepas tu Maureen Welch, seorang therapist pernafasan yang turut berada dalam ER pun turut sama jatuh pengsan. Menyedari hal ini,staff dan pesakit dalam ER diarahkan untuk evacuate dan berkumpul dekat kawasan parking Hospital. Cuma beberapa staff sahaje yang tinggal untuk menstabilkan Gloria. Namun Tuhan lebih menyayangi Gloria. Tepat jam 8:50 malam,Gloria disahkan mati disebabkan kidney failure dari effect kanser servik yang dialaminya.

Penyiasatan dilakukan terhadap kes Gloria, dua orang saintis Doctor Ana Maria Osorio dan Kirsten Waller dihantar oleh pihak hospital. Selepas 34 orang staff jadi mangsa interview mereka, didapati beberapa staff yang berada dekat dengan badan Gloria mengalami simptom yang hampir serupa (sesak nafas,kejang otot dan pening-pening lalat). 

Selepas penyiasatan, kedua-dua saintis come up dengan beberapa teori saintifik yang menyalahkan ubat yang diambil Gloria sebelum dia dikejarkan ke hospital sebagai punca staff-staff ER jatuh sakit. Kombinasi rawatan dan ubat berkenaan menghasilkan gas beracun (Dimethyl Sulfate) yang terbebas dari darah Gloria. Namun teori ini disangkal disebabkan kurangnya bukti bahawa gas tersebut mampu terbentuk ketika berada dalam badan manusia.

Dua bulan selepas kematian Gloria, mayat beliau yang terlalu badly decomposed baru dilepaskan untuk pengebumian. Pihak hospital bersetuju dengan keputusan kedua-dua saintis Dr. Ana Maria Osorio dan Kirsten Waller di atas keputusan siasatan yang dikeluarkan. Namun keluarga Gloria kurang bersetuju dengan keputusan siasatan berkenaan disebabkan kekurangan bukti kukuh. 

Pathologist persendirian yang diupah keluarga mendiang Gloria turut menjalankan penyiasatan tetapi menemui jalan buntu,disebabkan jantung pada mayat Gloria telah hilang,organ-organ badan Gloria diselaputi dengan fecal matter (bahan-bahan najis) serta keadaan mayat yang sudah terlalu mereput. Selepas 10 minggu dari tarikh kematian Gloria, jasad beliau disemadikan dikubur yang tidak bertanda di Olivewood Memorial Park di California.

No comments:

Post a Comment