Seminggu berlalu di RRIM (LGM)

Seminggu praktikal dah pun berlalu..kesimpulan untuk seminggu ni? Menarik serta informatif.

Banyak sangat belajar benda baru, sampai hampir nak meletup pale otak aku yang tak berapa bagus dalam kerja-kerja penerimaan maklumat ni. hahaha....Staf pun mesra dan banyak membantu. Isnin dah start la keBZan yang sebenar..tadi time meeting Puan Norlee,Head Researcher kat situ dah remind, ni kena stay up sampai malam ni (kitorang pun gelak2 dengan mengharap benda tu cuma satu gurauan semata2 hahaha).

Semoga minggu depan berlalu dengan penuh ketenangan! =P

Hey manusia! haha

Alat peletusan kondom-salah satu equipment di RRIM Sg.Buloh (kenape? tak percaye aaaa? hahahaha)


 Hey manusia2 di luar sana yang berkeliaran membaca blog ni...sorry lah dah lame x update...xde mase la skarang nak update blog.


anyway...whats up??
nothing much pun..just bz dengan practical (Industrial Training) di RRIM Sungai Buloh, bukan setakat "run" research untuk RRIM, sekali dengan FYP (final year project) aku pun habis bakal dibedal di RRIM juge -_-" huuuu....berganda-ganda-ganda-ganda lah kerja sayaaaaa~ (soon :P) hwaaaa

Dengan bertapa seorang diri di Shah Alam membuatkan diri semakin gila..haha, nak buat macam mana...redha je la...anyway thanks kepada pembaca2 yang sudi singgah walaupun penulis agak bz buat masa ni :''((((

Kagumi prinsip Datuk Zaid Ibrahim


Post kali ni bukan nak bercerita pasal politik Malaysia, lagipun dengan berstatus student IPTA, anda sama sekali dilarang untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti politik =P.

Seperti yang kita maklum, politik ataupun poli-taktik, takkan lari dari taktik-taktik yang tidak selari dengan norma dan nilai2 kemanusiaan : fitnah - mefitnah, tuduh menuduh, kepentingan kroni,kaum keluarga dan lain2. Sangat susah kalau kita nak cari pemimpin yang betul-betul berpegang pada prinsip dan tatasusila, yang mana kalau dia rasa tak betul, dia tetap kata tak betul. A tetap A, A takkan jadi B.

Melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri bukanlah satu tindakan yang mudah bagi sesiapa sahaja yang sedang berada di kemuncak karier politik mereka. Namun bagi Datuk Zaid yg berpegang pada prinsip beliau bahawa ; penggunaan ISA adalah salah, beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab, dengan rela melepaskan jawatan tersebut.

Ditambah dengan berita terbaru penarikan diri beliau dari jawatan penting dalam PKR (ekoran aduan ketidak-adilan proses pengundian dalam parti tidak dilayan), ia menggambarkan teguhnya pendirian sebagai seorang pemimpin yang tidak gilakan jawatan,tetapi berpegang pada prinsip.

Nota sisipan dari Wikipedia (malas nak type balik,copy paste je =P ) :


"Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor, masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol , berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakui ketika masih dalam UMNO. Malahan beliau meminta para menteri UMNO tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. Kuda bernama 'Kelantan' bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara di Kota Bharu,Kelantan . Tentang hartanya, beliau mencabar para menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan." - wikipedia


Orang sebegini lah (pada pandangan aku) layak menjadi pemimpin sebenarnya. Tak ada perasaan gentar dalam mengeluarkan pendapat, berani, berprinsip dan berpegang teguh pada pendirian beliau sendiri.

Tambahan :

- Beliau merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan pada tahun 1988. Beliau menubuhkan organisasi ini untuk membantu meringankan beban golongan kurang upaya. Atas usaha beliau, beliau dinamakan dermawan pemurah di Asia oleh Forbes.

Pontianak footage

Hidup kan mudah..kenapa nak susah-susah? hahaha

Post hari ni ringkas, sama ringkas macam gmbar2 kat bawah yang serba ringkas,apabila orang yang fikiran nye serba ringkas,meringkasakan kerja2 yang pada orang lain susah nak diringkaskan..haha



Sailortape sudah!
Nampak bangang tapi genius
yang ni tengah cas i-pod kot kalo xsilap =P

Tak ade kipas dinding? lekat jeee..haha








Hilang di Angkasa

Hilang di Angkasa: 7 benda yang korang tak sangka boleh ada kat atas sana


Manusia dah mula menjelajah angkasa lebih dari 50tahun, jadi tak hairanlah kalau dah bersepah2 benda ditinggalkan kat atas sane. Sekecik2 bolt skru sampailah stesen angkasa, tak cukup dengan pencemaran bumi...angkasa pun dah jadi mangsa jugak. Antaranya ialah :
 

1. Spatula

Semase sedang sibuk menjalankan kerja2 baik pulih kapal angkasa (di ruang angkasa) angkasawan Piers Sellers secare tak sengaja telah tercicir spatula .Kejadian berlaku semasa mereka sedang sibuk menjalankan misi untuk mengkaji 'Plan Keselematan Baru' selepas peristiwa kapal angkasa Columbia terhempas pada 2003.



2. Beg

November 2008, Angkasawan wanita Heide Stefanyshyn-Piper sedang berada di ruang angkasa dalam perjalanan utk membaik pulih gear yang tersangkut pada solar panel stesen angkasa. Secara tak sengaja beg yang digunakan untuk menyimpan alat2 baik pulih telah terlepas. Dengan berat 30 lb. (lebih kurang 14 kg), nilai alat2 baik pulih yang dihilangkan mencapai lebih USD100,000 atau RM310ribu. Beg ini telah dikesan mengorbit bumi oleh beberapa ahli kaji bintang amatur.




3. Sarung Tangan

Antara sampah2 terawal yang mula dicicirkan angkasawan adalah sarung tangan.Angkasawan pertama Amerika yang berjaya berada di ruang angkasa, Ed White,telah melepaskan sarung tangan semasa misi pertama beliau pada 1965.Sarung tangan tersebut kekal di angkasa selama lebih sebulan sebelum jatuh terbakar di atmosfera bumi.




4. Tangki Ammonia.

Tangki ini telah dibuang secara sengaja oleh pihak NASA. Ia berlaku pada Julai 2007 selepas NASA memberi arahan kepada angkasawan mereka supaya membuang sebuah tangki penuh berisi Ammonia seberat 1400 lb atau lebih kurang 635kg  yang tidak digunakan ke ruang angkasa. Tangki ini dahulunya digunakan dalam 'cooling system' kapal angkasa. Namun beberapa ubahsuai telah menyebabkan tangki ini tidak digunakan lagi. Menyedari tangki ini akan memakan ruang yang agak besar bagi dibawa balik ke bumi, ketua misi telah mengarahkan tangki itu dibuang. Namun, setahun kemudian tangki berkenaan telah jatuh dan terbakar di atmosfera bumi di kawasan selatan Lautan Pasifik.






5. Abu mayat Gene Roddenberry

Sebahagian dari abu mayat pencipta siri Star Trek, Gene Roddenberry telah dihantar ke angkasa pad a tahun 1992 dengan kapal angkasa Columbia. Kapsul sebesar lipstik yang mengandungi abu mayat beliau telah dilepaskan ke angkasa, lalu kapsul berikut pecah dan membebaskan abu berterbangan di angkasa. Baki abu mayat Roddenberry bakal dihantar lagi pada tahun ini (2010) bersama dengan abu mayat mendiang isteri (meninggal Disember 2008) bersama dengan beberapa surat2 peminat yang terpilih untuk disemadikan di ruang angkasa.



6. Air kencing!

Sepanjang tahun, kebanyakan air kencing angkasawan telah dibuang dengan selambanye di ruang angkasa. Sebaik sahaja air kencing memasuki ruang vakum angkasa, ia membeku dan membentuk serpihan2 kristal kecil dan berterbangan di angkasa sebagai debu.(Angkasawan menyatakan melihat air kencing mereka dilepaskan ke angkasa sebagai satu pemandangan yang cantik! haha) Namun, baru2 ini satu sistem baru telah direka bagi mengurangkan pembuangan air kencing di ruang angkasa dengan me'recycle' kan air kencing kepada air minuman angkasawan! yukkkssssss! 


7. Camera

Angkasawan wanita Suni Williams sedang membaik pulih panel solar stesen angkasa pada Jun 2007. Secara tidak disangka kamera yang dibawa sekali bersama beliau tidak diikat ketat (kerana butang yang pegang tali kamera dah longgar).



Terjemahan sepenuhnya oleh gitarlapok.blogspot dari artikel Clara Moskowitz

Kenapa Makcik ni bz body sangat??


Perhatian - Post kali ni bukanlah untuk bertindak kurang ajar atau biadap terhadap2 mana2 makcik di luar sana ataupun memburukkan mana2 kaum..sekadar berkongsi sahaje =)


Image is for illustration purposes only hehe..jgn mara =)

MENGUMPAT...kalo ade PhD dlm field 'mengumpat' ni memang bagi terus je kat org perempuan..hahaha (padahal aku pun tengah mengumpat haha). Sampai skarang.aku  masih tertanye2..perempuan ni memang dilahirkan dengan sifat INGIN TAHU yang terlalu tinggi ke? (kalo ade membe aku terbace ni jgn terase eh.sori tau...kebetulan plak nak post tajuk ni hari ni haha,xde kene mengena dgn ko). Sampai kan semua benda dan informasi kalau boleh die nak pegang..senang cerita - Pusat Informasi Bergerak. PIG PIB

Aku cakap ni sebab pengalaman sendiri...kat kawasan rumah aku memang dah kerap sangat mengendap mengadap makcik2 yang jenis macam ni ( ampun makcik2,nama2 anda tidak akan didedahkan....kita cakap secara umum ok =P ). Lagi2 mak aku bisnes restoran melayu. So ramai lah antara nya bertandang dan sebahagian dari mereka member2 mak aku sendiri.

Al - kisahnya....- ada satu hari ni makcik A (bukan name sebenar - memang kitorang dah mark die sebagai mulut laser dan kaki bz-body) datang kedai mak aku nak beli lauk, kebetulan mase tu aku xde (ade kat Shah Alam). Topik utama dia  timbulkan kalau tegur mak aku adalah - ANAK BELAJAR KAT MANA? memang kalau dengar macam mesra..haha,kalau dah dengan mak aku die tanye sekali xpela, ini tidak, soalan tu merupakan topik utama die setiap kali  dia tegur mak aku, kebetulan  kalau aku balik kampung tolong jaga kedai,dia datang..tanye aku pulak..sampai kat giliran adik-adik aku..die tanye lagi,setiap sorang,along belajar mane? kakak? adik?  abang lagi satu tu? silap atok aku je die xtanye sambung PhD ke x..sampai dah lame-lame kitorang dah naik fed-up..makcik ni  memang cepat ilang ingatan ke ape?

Sebenarnya.....ade cerita disebalik tu....dulu mak aku pernah dilemparkan dengan satu  kata2 berbisa tahap naga punya dari makcik A.

quote - "saya tak suka nak berniaga ni,nanti pelajaran anak2 terabai"

pehhh...pedih kot...siape je suka tengok bila air mata seorang ibu mengalir ='(

maybe die nak taw sejauh mana kebolehan mak aku jage anak nak di compare dengan die,pendapat aku la...xtaw la ape dalam hati makcik A, tapi syukur la setakat ni sume anak2 mak aku dapat masuk U, tinggal 2 orang je lagi masih sekolah.

Kami tau makcik pentingkan pelajaran anak2..tapi takyahla taksub macam tu....ape pun kami sekeluarga doakan anak makcik berjaya hingga ke menara gading =)

p/s - apelah agaknye perasaan anak2 yang dipaksa belajar dan buat benda yang  tak disukai semata-mata untuk jadi Trophi Kemegahan mak bapak untuk ditayang pade member2 semata2..