Hilang di Angkasa

Hilang di Angkasa: 7 benda yang korang tak sangka boleh ada kat atas sana


Manusia dah mula menjelajah angkasa lebih dari 50tahun, jadi tak hairanlah kalau dah bersepah2 benda ditinggalkan kat atas sane. Sekecik2 bolt skru sampailah stesen angkasa, tak cukup dengan pencemaran bumi...angkasa pun dah jadi mangsa jugak. Antaranya ialah :
 

1. Spatula

Semase sedang sibuk menjalankan kerja2 baik pulih kapal angkasa (di ruang angkasa) angkasawan Piers Sellers secare tak sengaja telah tercicir spatula .Kejadian berlaku semasa mereka sedang sibuk menjalankan misi untuk mengkaji 'Plan Keselematan Baru' selepas peristiwa kapal angkasa Columbia terhempas pada 2003.



2. Beg

November 2008, Angkasawan wanita Heide Stefanyshyn-Piper sedang berada di ruang angkasa dalam perjalanan utk membaik pulih gear yang tersangkut pada solar panel stesen angkasa. Secara tak sengaja beg yang digunakan untuk menyimpan alat2 baik pulih telah terlepas. Dengan berat 30 lb. (lebih kurang 14 kg), nilai alat2 baik pulih yang dihilangkan mencapai lebih USD100,000 atau RM310ribu. Beg ini telah dikesan mengorbit bumi oleh beberapa ahli kaji bintang amatur.




3. Sarung Tangan

Antara sampah2 terawal yang mula dicicirkan angkasawan adalah sarung tangan.Angkasawan pertama Amerika yang berjaya berada di ruang angkasa, Ed White,telah melepaskan sarung tangan semasa misi pertama beliau pada 1965.Sarung tangan tersebut kekal di angkasa selama lebih sebulan sebelum jatuh terbakar di atmosfera bumi.




4. Tangki Ammonia.

Tangki ini telah dibuang secara sengaja oleh pihak NASA. Ia berlaku pada Julai 2007 selepas NASA memberi arahan kepada angkasawan mereka supaya membuang sebuah tangki penuh berisi Ammonia seberat 1400 lb atau lebih kurang 635kg  yang tidak digunakan ke ruang angkasa. Tangki ini dahulunya digunakan dalam 'cooling system' kapal angkasa. Namun beberapa ubahsuai telah menyebabkan tangki ini tidak digunakan lagi. Menyedari tangki ini akan memakan ruang yang agak besar bagi dibawa balik ke bumi, ketua misi telah mengarahkan tangki itu dibuang. Namun, setahun kemudian tangki berkenaan telah jatuh dan terbakar di atmosfera bumi di kawasan selatan Lautan Pasifik.






5. Abu mayat Gene Roddenberry

Sebahagian dari abu mayat pencipta siri Star Trek, Gene Roddenberry telah dihantar ke angkasa pad a tahun 1992 dengan kapal angkasa Columbia. Kapsul sebesar lipstik yang mengandungi abu mayat beliau telah dilepaskan ke angkasa, lalu kapsul berikut pecah dan membebaskan abu berterbangan di angkasa. Baki abu mayat Roddenberry bakal dihantar lagi pada tahun ini (2010) bersama dengan abu mayat mendiang isteri (meninggal Disember 2008) bersama dengan beberapa surat2 peminat yang terpilih untuk disemadikan di ruang angkasa.



6. Air kencing!

Sepanjang tahun, kebanyakan air kencing angkasawan telah dibuang dengan selambanye di ruang angkasa. Sebaik sahaja air kencing memasuki ruang vakum angkasa, ia membeku dan membentuk serpihan2 kristal kecil dan berterbangan di angkasa sebagai debu.(Angkasawan menyatakan melihat air kencing mereka dilepaskan ke angkasa sebagai satu pemandangan yang cantik! haha) Namun, baru2 ini satu sistem baru telah direka bagi mengurangkan pembuangan air kencing di ruang angkasa dengan me'recycle' kan air kencing kepada air minuman angkasawan! yukkkssssss! 


7. Camera

Angkasawan wanita Suni Williams sedang membaik pulih panel solar stesen angkasa pada Jun 2007. Secara tidak disangka kamera yang dibawa sekali bersama beliau tidak diikat ketat (kerana butang yang pegang tali kamera dah longgar).



Terjemahan sepenuhnya oleh gitarlapok.blogspot dari artikel Clara Moskowitz

4 comments:

  1. baguslah ko naz, tak plagiat mane2. sempoi~

    -huda-

    ReplyDelete
  2. serius ke xplagiat? haha entry ni mesti ade original source

    ReplyDelete
  3. yup ade original source..sebab tu cakap kat bawah tu terjemahan dari artikel Clara Moskowitz, so im not claiming this article to be mine..terjemahan adalah sepenuhnya dari penulis blog ni sendiri =)

    ReplyDelete