Pembetulan : Kebetulan atau??? creepy.......

p/s - First of all...sorry pasal post semalam yang tak de gambar...tetiba aku rase macam syok sorang2 ingat korang dah bace dengan gembira nya..sebab semalam dah cek dalam dua tiga kali kelua gamba..tapi ade pembaca yang komplen cakap tak kua ape2 gambar pon...jadi post ini telah dibuat correction..Kesilapan amat dikesali dan Selamat Membaca!

Post kali ni memang sangat creepy....haha, sama ada kebetulan atau tidak tu bergantung kat korang untuk menilai sendiri, jom kita tengok ape kebetulan yang mengerikan tu :

Dua lelaki di bawah merupakan bekas Presiden US (masing2 dah arwah dah),kalau korang tak kenal,sebelah kiri ni, Abraham Lincoln, dan sebelah kanan John F. Kennedy








apa yang membuatkan diorang ni menarik adalah fakta2 yang bersangkut paut antara dua orang presiden ni...di mana:
Abraham Lincoln diundi ke dalam kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy diundi ke dalam kongres pada tahun 1946.

Abraham Lincoln dilantik menjadi Presiden US pada 1860.John F. Kennedy dilantik menjadi Presiden US pada 1960.

Kedua-dua nya terkenal dengan perjuangan civil right.
Kedua-dua mereka kematian anak ketika sedang menjadi Presiden.

Kedua - dua Presiden ditembak mati pada hari Jumaat.
Kedua - dua nya ditembak di kepala.

Hmmm...mungkin masih belum cukup pelik lagi kan..boleh lagi dipertikaikan sebagai kebetulan,macam mane pulak yang ni?

Setiausaha peribadi Lincoln bernama Kennedy.
Setiausaha peribadi Kennedy bernama Lincoln.

Kedua - dua Presiden dibunuh oleh Southeners.
Kedua - dua Presiden yang mengambil alih selepas kematian Lincoln dan Kennedy juga merupakan Southerners dan kedua2 nya bernama Johnson.

Andrew Johnson, Presiden selepas Lincoln, lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, Presiden selepas Kennedy, lahir pada 1908.


John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln, lahir pada 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy,lahir pada 1939.





Nama penuh kedua2 pembunuh membunyai bilangan huruf yang sama,15 huruf kesemuanya.

Masih ada lagi ok..........

Lincoln ditembak semasa di dalam teater yang bernama Ford.
Kennedy ditembak mati di dalam sebuah kererta yang diberi nama Lincoln dibuat oleh Ford.

Lincoln ditembak mati di dalam sebuah panggung teater dan pembunuh bersembunyi di dalam gudang.
Kennedy ditembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya lari menyembunyikan diri dalam sebuah panggung teater.

Kedua2 Booth dan Oswald dibunuh sebelum dibicarakan.


Phew...terkasima? belum cukup lagi...jom tengo apa yang bil $20 Us dollar boleh tunjukan:


1) Lipat bil $20 yang baru jadi macam bawah ni :




2) Lipat lagi, refer pada rajah yang diberikan..



3) Lipat hujung lagi satu...nah bentuk kapal terbang kan?
dan apa yang kita dapat lihat? (gambar kanan adalah Pentagon sewaktu kebakaran dalam serangan 11 Sept.)



4) Dan sekarang terbalikkan pulak bentuk kapal terbang tu tadi...hasilnya :
nampak familiar kan? hmmmmm





Kebetulan??

No komen, anda sendiri nilai

.tapi yang ni mungkin boleh dikatakan kebetulan jugak : haha



Ohh...dan lagi satu, ade tak aku bagitau yang 11 + 9 = 20? ya..11 september = $20dollar bil

Anda baca,anda nilai ;P

5 comments: