Kagumi prinsip Datuk Zaid Ibrahim


Post kali ni bukan nak bercerita pasal politik Malaysia, lagipun dengan berstatus student IPTA, anda sama sekali dilarang untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti politik =P.

Seperti yang kita maklum, politik ataupun poli-taktik, takkan lari dari taktik-taktik yang tidak selari dengan norma dan nilai2 kemanusiaan : fitnah - mefitnah, tuduh menuduh, kepentingan kroni,kaum keluarga dan lain2. Sangat susah kalau kita nak cari pemimpin yang betul-betul berpegang pada prinsip dan tatasusila, yang mana kalau dia rasa tak betul, dia tetap kata tak betul. A tetap A, A takkan jadi B.

Melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri bukanlah satu tindakan yang mudah bagi sesiapa sahaja yang sedang berada di kemuncak karier politik mereka. Namun bagi Datuk Zaid yg berpegang pada prinsip beliau bahawa ; penggunaan ISA adalah salah, beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab, dengan rela melepaskan jawatan tersebut.

Ditambah dengan berita terbaru penarikan diri beliau dari jawatan penting dalam PKR (ekoran aduan ketidak-adilan proses pengundian dalam parti tidak dilayan), ia menggambarkan teguhnya pendirian sebagai seorang pemimpin yang tidak gilakan jawatan,tetapi berpegang pada prinsip.

Nota sisipan dari Wikipedia (malas nak type balik,copy paste je =P ) :


"Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor, masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol , berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakui ketika masih dalam UMNO. Malahan beliau meminta para menteri UMNO tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. Kuda bernama 'Kelantan' bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara di Kota Bharu,Kelantan . Tentang hartanya, beliau mencabar para menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan." - wikipedia


Orang sebegini lah (pada pandangan aku) layak menjadi pemimpin sebenarnya. Tak ada perasaan gentar dalam mengeluarkan pendapat, berani, berprinsip dan berpegang teguh pada pendirian beliau sendiri.

Tambahan :

- Beliau merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan pada tahun 1988. Beliau menubuhkan organisasi ini untuk membantu meringankan beban golongan kurang upaya. Atas usaha beliau, beliau dinamakan dermawan pemurah di Asia oleh Forbes.

2 comments:

  1. Yes! teapt sekali. dengar cerita dia nak buat parti baru. memang aku undi dia ni. hehehe..

    kau cari buku tulisan dia, "Saya Pun Melayu"... Memang terbaik

    ReplyDelete