KTM - Keretapi Tenat Melayu


Hah tak pernah dengar ke?? shortform nye pandai2 lah korang eja sendiri,sinonim dengan satu kenderaan awam yang aku TERPAKSA pakai terutama sekali dalam perjalanan balik ke Tg.Malim dari Shah Alam..(sebab aku xde kereta)

Ada beberape sebab kenape aku geram sangat dengan Keretapi Tenat Melayu ni..

Sama ada aku dah terkena badi keretapi ataupun keretapi ni memang sengaja nak cari gaduh dengan aku..ataupun....

Keretapi ni sendiri memang dah sinonim dengan nama perlian yg aku dah bagi tu,tak taula ape yang die bengkak hati sangat,asal aku naik je..ade je macam2 masalah yang membuatkan aku sebagai pelanggan perkhidmatan rase tak puas hati..

Sebagai contoh,salah satunya...dalam antara nak pertukaran stesyen tu,waktu keretapi tiba akan DELAY (menyirap betul bila dengar suara announcer..HARAP MAAF..TREN ****** YANG DIJADUALKAN TIBA TELAH DIBATALKAN,TREN STERUSNYA AKAN TIBA DALAM MASA *****
  • a)15minit
  • b)30minit
  • c)45minit
nasib baik xpernha dengar sejam lagi -_-")

Kalau nak balik Tanjung Malim dari Shah Alam tu..jangan cakapla,minimum masa perjalan - 2jam 30minit..,itu minimum ok! (bas-1jam,kereta-30mnit)

(student UiTM tersangat lah familiar dengan stesen Padang Jawa terutama nye yg dekat dengan seksyen 7 @ pusat komersial)....Ade pulak pernah aku terkena delay sampai stengah jam pulak tu dekat stesen pertukaran Rawang..OMG, pulangkan 3jam akuuu! -_-"

Agaknya macam mane la perasaan diorang yang TERPAKSA gunakan perkhidmatan ni setiap hari eh? mau mati sakit darah tinggi kot..

Waktu yang paling99x anda harus atau WAJIB elakkan untuk menaiki Keretapi Tenat Melayu adalah pada waktu PETANG AHAD (terutamanya tren Seremban - Pelabuhan Klang),kalau nak pengsan atau mampos disebabkan kekurangan Oxygen dlm koc keretapi tu,silalah..anda dialu2kan untuk menggunakan perkhidmatan kami...

Pernah sekali aku terhimpit dalam keretapi yang penuh sesak (AHAD PETANG la tu) dengan diiringi peluh2 bau-bauan hapak yang tak berape nak wangi khususnya dari pendatang2 (izin atau tanpa izin..ok,aku xcakap semua.mostly laaa haha)....dengan selambanya announcer dalam keretapi berkata dengan suare yang penuh lemak merdu.... "TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI"..
tuhan je tau betapa menyirap nye aku dengar announcement tu -_-"

No comments:

Post a Comment